TOLAK KEMUDAHAN PEMBUANGAN KEKAL (PDF) SISA RADIOAKTIF LYNAS RARE EARTHS yang tidak selamat

Rakyat Malaysia tidak harus dibiarkan menghadapi bahaya dan risiko kesihatan dan alam sekitar; dan kesulitan jangka panjang serta kos menempatkan tempat pembuangan sisa bahan toksik mega radioaktif yang dibawa masuk oleh pelombong Australian Rare Earth, Lynas.

 

Imej: Longgokan sisa radioaktif toksik Water Leached Purification (WLP) di Lynas Advanced Materials Plant 2021

ENGLISH中文版

Tolong sertai kami untuk menghentikan Lynas Rare Earth Australia untuk membina tempat pembuangan sisa radioaktif terbesar di dunia di paya gambut kurang daripada 3 km dari Laut China Selatan di Kuantan, Malaysia.

Anda boleh membuat bantahan terhadap cadangan ini dengan menambahkan nama anda, tempat dan negara tumpang dan alamat emel, lepas itu klik “Submit Now” di bawah. Anda bebas untuk menambah mesej anda sendiri.

Lynas memaksa rakyat Malaysia menerima sisa radioaktifnya yang sangat toksik, yang merupakan sumber penyebab kanser dan mutasi sel yang boleh menjejaskan generasi akan datang.

Ini adalah taktik lincah yang digunakan oleh industri perlombongan. Bantu kami hentikan mereka!

Terima kasih kerana membantu memastikan kita dan generasi masa depan sehat dan selamat.

[emailpetition id="4"]

MENDERMA UNTUK HENTIKAN LYNAS

Sila derma untuk menyokong usaha di Malaysia dan melalui AidWatch untuk memaksa Lynas menegakkan janji undang-undangnya untuk mengeluarkan sisa radioaktifnya dari Malaysia dan untuk melupuskan mengikut peraturan dan piawaian Australia.

Rakyat Malaysia membawa Lynas dan Kerajaannya ke mahkamah untuk menguatkuasakan undang-undangnya ke atas Lynas. AidWatch bekerjasama dengan masyarakat sivil Malaysia dalam memberikan nasihat teknikal dan dasar. AidWatch terus meneroka jalan perundangan untuk memastikan Lynas bertanggungjawab. Derma anda amat diperlukan untuk membantu kami dan rakyat Malaysia meneruskan perjuangan sukar kami menentang ekstraktivisme hijau dan permainan kuasa geopolitik Lynas.

Untuk maklumat lanjut hubungi: policy@aidwatch.org.au